Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sesi Menandatangani MAT bersama Komuniti Kg. Melangkap, Kota Belud --Projek Dokumentasi Pengetahuan Tradisi di Sabah

Description

Pihak komuniti Kg. Melangkap, Kota Belud telah memberikan persetujuan bertulis kepada Pusat Biodiversiti Sabah melalui Jawatankuasa Bio-Budaya Melangkap (JBBM) untuk melaksanakan Projek Dokumentasi Pengetahuan Tradisi (TK) di kawasan mereka dan pada 12 Mac 2024 (Selasa) Terma Persetujuan Bersama atau Mutually Agreed Terms (MAT) telah ditandatangani antara Pusat dan komuniti Kg. Melangkap. Sesi menandatangani MAT ini telah dihadiri oleh 10 orang wakil komuniti yang terdiri daripada JBBM. MAT yang telah ditandatangani ini menunjukkan bahawa pihak komuniti tanpa sebarang paksaan telah memahami dan kedua belah pihak bersetuju dengan terma-terma yang telah ditetapkan bagi tujuan pelaksanaan Projek Dokumentasi TK di Sabah.

Photos
Event date