Program Keseluruhan

Berita dan Aktiviti 2004

Untuk aktiviti tahun-tahun lalu sila kunjungi Berita dan Aktiviti [2002 | 2003]

Pameran sempena Cuti-cuti Sandakan 2004

Unit Sains dan Teknologi (UST) telah menganjurkan bersama dengan Majlis Perbandaran Sandakan satu pameran pada 18 - 21 Jun 2004 bersempena dengan Perayaan Cuti-cuti Sandakan 2004. Bahan-bahan yang telah dipamerkan adalah visi dan misi UST, aktiviti penggalakkan sains serta akitiviti BBEC. Sejumlah 162 pelawat telah melawat gerai pameran tersebut. Sila baca laporan yang telah disediakan oleh petugas yang bertanggungjawab.


TV Program Jepun melawat Sabah

TV Program Jepun dari Tokyo Televisyen yang menayangkan program bersiri "Nakamura Toru's Chikyu Sapota (Global Supporter)" telah melawat Sabah pada 8 - 14 Jun 2004. Program ini telah ditaja oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun dan diketuai oleh pelakon terkenal Jepun, Mr. Toru Nakamura. Di Sabah, mereka telah melawat dan mengambil penggambaran di dua buah kawasan Program BBEC-JICA iaitu: Pusat Pelawat Mahua di Taman Banjaran Crocker dan di IBTP, UMS. Sila baca sidang akhbar untuk keterangan lebih lanjut.


Pameran sempena Hari Air Sedunia di Centre Point, Kota Kinabalu

Bornean Biodiversity and Ecosystems Conservation (BBEC) telah menyertai pameran di Centre Point, Kota Kinabalu bersempena dengan Hari Air Sedunia yang telah diadakan pada 9 Mei 2004. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.


Bengkel Alam Sekitar dan Konservasi Kepelbagaian Biologi untuk Guru-guru

Jawatankuasa Bertindak Guru di bawah Komponen Kesedaran Awam telah menganjurkan satu bengkel bersama dengan Komponen Pengurusan Taman mengenai Alam Sekitar dan Konservasi Kepelbagaian Biologi pada 27 April 2004 di Pusat Sejadi Crocker, Keningau. Sejumlah 30 guru-guru dari sekitar Tenom, Keningau dan Nabawan telah hadir ke bengkel berkenaan.


Program Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru-guru Kumpulan Sokongan sehubungan dengan Hari Tanah Lembap Sedunia 2004

Pada 28 Mac 2004, Kota Kinabalu City Bird Sanctuary (KKCBS) telah menganjurkan Program Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru-guru Kumpulan Sokongan sehubungan dengan Hari Tanah Lembap Sedunia 2004. Sejumlah 32 guru-guru dari pelbagai sekolah telah hadir. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dari Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau Penampang, Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yue Min danMaktab Sabah. Program ini adalah dianjurkan bersama oleh BBEC dan KKCBS dengan kerjasama projek yang di dalam pelaksanaan iaitu "Joining Hands Across Water" oleh Toyota Motor Corporation, Jepun.


Ceramah mengenai Pendidikan Alam Sekitar di Sabah oleh Prof. Toshiyuki Mizukoshi

Satu ceramah mengenai Pendidikan Alam Sekitar di Sabah telah disampaikan oleh Prof. Toshiyuki Mizukoshi yang telah dianjurkan di Hotel Promenade pada 18 Mac 2004. Prof. Mizukoshi ialah penasihat jangka pendek JICA yang telah dihantar ke sini untuk membantu dalam mewujudkan bahan-bahan pendidikan dan program di Sabah. Prof. tersebut membuat analisa dan menilai bahan-bahan pendidikan alam sekitar yang telah digunakan untuk pelajar-pelajar dan guru-guru, modul kursus yang diadakan untuk guru-guru dan beberapa maklumat lain mengenai kursus untuk guru-guru mengenai pendidikan alam sekitar. Dia kemudian akan membuat cadangan untuk memperbaiki bahan-bahan yang sedia ada dan kursus-kursus yang diadakan kepada Komponen Kesedaran Awam.


Persidangan Video antara SMK Tamparuli, Sabah dan Kashiwagi Primary School, Jepun

Persidangan video telah dianjurkan antara SMK Tamparuli, Sabah dan Kashiwagi Primary School, Jepun pada 5 Mac, 2004. 20 pelajar dari SMK Tamparuli dan 30 pelajar dari Kashiwagi Primary School telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Objektif utama persidangan video ini adalah untuk bertukar maklumat dan pengalaman mengenai aktiviti pendidikan alam sekitar di sekolah masing-masing.


Persidangan Antarabangsa BBEC ke-2 2004

Persidangan Antarabangsa BBEC kali ke-2 2004 telah diadakan dengan bertemakan "Biodiversity Conservation: Forward Together" di Nexus Karambunai Resort pada 24 - 26 Februari 2004. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Aman. Persidangan ini membincangkan mengenai:

  • Keupayaan Kesedaran Biodiversiti Mengubah Perlakuan Manusia ke atas Alam Sekitar
  • Bagaimana Mengintegrasikan Masyarakat Melalui Pemuliharaan Biodiversiti

Pameran sempena mesyuarat CBD-COP7

BBEC telah menganjurkan pameran sempena mesyuarat CBD-COP7 di Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur dari 9 - 20 Februari 2004. Objektif pameran ini adalah:

  • membuat promosi Persidangan Antarabangsa BBEC 2004 dan menarik peserta dari COP7 untuk hadir ke persidangan tersebut.
  • memperkenalkan BBEC kepada peserta-peserta COP7
  • mempromosi tempat konservasi Sabah dan usaha BBEC mengenainya.


Kursus Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru-guru

Kursus Pendidikan Alam Sekitar untuk guru-guru sekitar Papar, Beaufort, Tambunan, Tenom, Ranau dan Kota Kinabalu telah diadakan di Santuari Burung Bandaraya Kota Kinabalu (KKCBS) pada 4 - 6 Februari 2004. Kursus ini telah dianjurkan oleh Komponen Kesedaran Awam dan KKCBS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan. Kursus ini meliputi persembahan mengenai Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar di sekolah, pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan tanah lembap, perbincangan mengenai pembangunan pelan pembelajaran dan juga ceramah serta demonstrasi mengenai cara-cara membuat baja organik.


Laman web ini lebih baik dilayari dengan resolusi 800 x 600
© Hakcipta terpelihara 2003 oleh Unit Sains & Teknologi.