![]() |
|
|
|
LAPORAN
LAWATAN
Jawatankuasa Penerbitan Buku Panduan: Pusat-pusat Sejadi di Sabah, saya dan Cik Ken Kartina Khamis telah mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Jati, Kota Marudu pada 10 Julai 2004. Sessi lawatan kami bertujuan untuk mengumpul maklumat terkini beserta mengambil gambar-gambar yang sesuai bagi mengemaskini maklumat pusat-pusat sejadi di Sabah terbitan edisi ke dua buku berkenaan.
Dengan ditemani
oleh Penyelia pusat, Encik Jem Majunting @ Jamal, Encik William dan Encik
Zainal (kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah), kami berjalan kaki masuk
ke hutan paya melalui jalan kecil yang ditumbuhi semaksamun dan pokok-pokok
berduri sejauh kira-kira ½ km ke kawasan makam. Kami dimaklumkan bahawa
makam tersebut pernah dicerobohi oleh pihak tertentu untuk tujuan mencari
hartakarun beberapa tahun lalu. Saya mengambil kesempatan merakam gambar
persekitaran makam dan berhampiran kawasan makam terdapat timbunan tanah
setinggi paras pinggang yang panjang hingga menganjur ke luar jalan masuk
utama dipercayai bekas tapak 'Tugu' yang dijadikan tempat perlindungan
Syariff Osman beserta para pengikutnya semasa menentang penjajah Inggeris.
Mengikut maklumat pengenalan Pusat Informasi Jati sepertimana yang terkandung
di dalam Buku Panduan: Pusat-pusat Sejadi di Sabah edisi pertama yang
telah diedarkan sejak tahun 2003, saya berpendapat, bahawa kawasan makam
serta bekas tapak yang dipercayai tugu itu mempunyai nilai sejarahnya
yang tersendiri bagi menarik minat pelawat atau pelancong yang datang
berkunjung ke Pusat Informasi Jati kelak.
Kami mengakhiri lawatan pada petang itu dengan berkunjung ke Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat di mana kami sempat bertemubual dengan Pegawai Perhutanan Daerah, Encik Jafin Abu Bakar. Kami mengemukakan beberapa cadangan seperti berikut:-
![]() |
|
Laman web ini lebih baik dilayari dengan
resolusi 800 x 600
© Hakcipta terpelihara 2003 oleh Unit Sains & Teknologi. |