WARISAN ALAM KINABALU: FLORA
[
Telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dlm majalah Dewan Budaya]
Oleh Jamili Nais, Ph.D.
Taman-Taman Sabah

Pengenalan

Bayangkan anda berada di suatu kawasan hutan pergunungan. Cuacanya nyaman, udaranya bersih dan suasananya cukup tenang dan damai. Bunyi yang kedengaran hanyalah kicauan burung dan nyanyian cengkerik serta riang-riang bersahut-sahutan. Anda dikelilingi alam semulajadi, jauh dari riuh dan hingar kota. Hutannya ditumbuhi pohon-pohon hijau dan segala ceruknya pula ditumbuhi tumbuhan berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk dan cara hidup, ada yang unik dan aneh, dan banyak daripadanya tidak terdapat di mana-mana tempat lain di muka bumi ini. Kawasan ini kekal sebagai hutan dara dengan sekitaran semulajadi walaupun ada sebahagian kecil kawasannya telah dibangunkan sebagai tapak peranginan semualjadi yang telah menjadi tumpuan pelancong dan pendaki dari jauh dan dekat. Di kawasan ini juga tersergam megah gunung suci yang indah menjulang langit. Keindahan alam, kekayaan flora dan fauna serta tahap perlindungan kawasan ini diiktiraf seluruh dunia dan telah pula diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Inilah Taman Kinabalu, sering disebut sebagai 'syurga' penggemar alam.

Pewartaan Taman Kinabalu

Taman Kinabalu, seluas 75,370 hektar (753.7 km persegi) telah diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964. Taman ini kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984. Taman ini merupakan salah sebauh daripada enam buah Taman yang diurus oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi negeri Sabah. Antara tujuan Taman-Taman ini diwartakan adalah untuk mengekalkan keindahan alam dan melindungi flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.

Gunung Kinabalu dan masyarakat kaum kadazanDusun

Gunung Kinabalu membentuk bahagian utama Taman ini dan dengan ketinggian 4095.2 m dari aras laut, Gunung ini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Kaki dan lereng Gunung ini (diluar kawasan Taman Kinabalu) dihuni oleh masyarakat dari suku kaum Kadazandusun dan mereka mempercayai gunung ini sebagai tempat persemadian roh nenek moyang mereka yang telah meninggal. Itulah sebabnya Gunung ini dipelihara dan dikekalkan keasliannya sejak zaman-berzaman oleh masyarakat kadazandusun. Malah sahingga sekarang, upacara memuja roh-roh penghuni gunung ini masih dilakukan setiap tahun untuk memastikan tidak ada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku kepada para pendaki.

Pelawat dan Pendaki Gunung Kinabalu

Taman Kinabalu telah dikunjungi sejumlah 180,710 pelawat (21,423 warganegara asing) pada tahun 1998; 193,733 (32,336 warga asing) pada tahun 1999. Sementara itu, seramai 22,937 orang (10,065 warganegara asing) mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 1998; 32,715 orang (13,968 warga asing) pada tahun 1999.


Lebih kurang 200,000 pelawat ke Taman Kinabalu dan lebih kurang
40,000 pendaki gunung Kinabalu setiap tahun

Taman Kinabalu pada asalnya mempunyai dua buah stesyen utama, yakni Ibupejabat Taman Kinabalu di Tenompok (5 km dari Kundasang, Pekan yang terdekat, dan 90 km dari Kota Kinabalu), dan Stesyen Mata Air Panas Poring (38 km dari Ibupejabat Taman Kinabalu dan 18 km dari Ranau, Bandar yang terdekat). Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebanyak tiga lagi sub-stesyen telah dibangunkan, yakni stesyen Mesilau Nature Resort, sub-stesyen Sayap di daerah Kota Belud, dan sub-stesyen Serinsim di daerah Kota Marudu.

Pembentukan geologi Kinabalu

Kenapa flora Kinabalu begitu kaya

Daripada segi kepelbagaian spesies tumbuhan berbanding luas kawasan, penyelidikan saintifik setakat ini jelas mebuktikan bahawa Kinabalu mempunyai salah satu Flora yang terkaya di muka bumi ini. Dalam satu analisa saintifik, Barthlott et al. (1996) mengiktiraf Kinabalu sebagai salah sebuah daripada enam kawasan yang terkaya daripada segi tumbuhan di seluruh dunia, dengan kepadatan tumbuhan melebihi 5,000 spesies per10,000 km2. Beman dan Beaman (1990, 19XX) menganggarkan kawasan Kinabalu seluas lebih kurang 700 km2 mempunyai 5000-6000 spesies tumbuhan berbunga, dengan lebih daripada 200 famili dan 1000 genera.

Kekayaan flora ini adalah disebabkan gabungan beberapa factor. Antara yang terpenting ialah:
(1) kawasan Kinabalu merangkumi julat altitud daripada persekitaran hutan tropika tanah rendah hampir searas dengan paras laut, sahinggalah ke persekitaran subalpin di sekitar kemucaknya;
(2) keadaaan muakbumi Kinabalu yang bergunung-ganang membentuk ceruk-ceruk ekologi yang terpisah-pisah antara satu sama lain dan menggalakkan spesiasi atu evolusi membentuk spesies-spesies baru;
(3) sejarah geologi gugusan kepulauan di 'sunda shelf' yang telah mengalamai pemisahan dan turun naik paras laut menyebabkan pemencilan spesies-spesies tumbuhan yang kemudiannya membentuk spesies-spesies baru;
(4) jenis-jenis batuan dasar yang berbeza-beza seperti batuan serpentin, batuan granit dan batuan batu pasir yang membentuk jensi tanah yang berbeza-beza, dan jenis-jenis tanah ini mempunyai komposisi spesies tumbuhan yang berbeza;
(5) kitar iklim yang beruabah-ubah terutamanya yang diakibatkan oleh kesan El Nino dan La Nina; dan
(6) ketidakstabilan persekitaran terutamanya yang diakibatkan oleh tanah runtuh, kemarau, banjir dan fenomena glasier pada masa lampau.

Perbandingan kekayaan flora Kinabalu

Roos (1998) estimated Malesia to have 42,000 spp in an area of 3.1 million km2. Thus, Kinabalu may include as much as 14% of the Malesian flora.

Apa itu endemic

Tidak terdapat di tempat lain Berapa peratusan keendemikan Kinabalu? Famili A-L: 76 Spp. Are endemic to Kinabalu (35 of which are Ericaceae).

Flora Kinabalu

Kepelbagaian biologi yang amat tinggi di Kinabalu membawa berbagai gelaran kepadanya. Professor Corner dari Universiti Cambridge yang telah mengetuai dua ekspedisi saintifik besar-besaran ke Kinabalu pada tahun 1961 dan 1964 mengisytiharkan kepada dunia sains bahawa Kinabalu "mempunyai flora yang sangat istimewa dan terkaya di dunia dengan saiz yang setara". Hasilan daripada siri ekspedisi ini kemudiannya menjadi asas pewartaan Taman Kinabalu sebagai kawasan Taman Negara pada tahun 1964. Taman Kinabalu juga terletak di tengah-tengah rantau biogeografi Malesia yang terkenal dengan kepelbagaian floranya, dan WCMC (World Conservation Monitoring Centre) mengenalpasti Kinabalu sebagai salah satu daripada 234 tapak utama yang terkaya dan terpenting sebagai pusat kepelbagaian di seluruh dunia. Pada tahun 2000, Asiaweek telah juga mengisytiharkan Taman Kinabalu sebagai kawasan hutan terlindung yang terunggul di Asia.

Kinabalu dianggarkan mempunyai di antara 5000-6000 spesies tumbuhan berbunga (lebih kurang 2.5% daripada jumlah tumbuhan berbunga seluruh bumi ini). Tumbuhan ini terkandung dalam 210 famili dan lebih kurang 1000 genera tumbuhan. Kinabalu mempunyai 621 species (5% daripada jumlah dunia) paku-pakis di mana 50 daripadanya adalah endemik. Sebagai perbandingan, jumlah spesies pakis di Kinabalu lebih banyak daripada spesies tumbuhan ini di seluruh benua Afrika! Kinabalu juga sangat dikenali diseluruh dunia dengan kekayaan flora orkidnya. Dianggarkan Kinabalu mempunyai 1000-1200 spesies orkid (lebih kurang 5% daripada jumlah orkid yang terdapat di seluruh dunia).Setakat ini, hnaya sejumlah 711 spesies orkid (10% daripadanya adalah endemik) telah dikaji, diberi nama dan didokumenkan secara saintifik. Antara spesies yang endemik ialah Paphiopedilum rothschildianum, orkid selipar Kinabalu yang telah cukup terkenal diseluruh dunia kerana keindahannya, dan juga orkid-orkid lain seperti Renanthera bella, Paraphalaneopsis labukensis, Phalaneopsis amabilis, dst.

Terdapat banyak lagi spesies orkid yang masih belum cukup dikaji dan menanti masa untuk ditemui di hutan Taman Kinabalu ini dan hampir setiap tahun spesies-spesies baru ditemui, misalnya spesies-spesies seperti Dendrobium lamrianum yang telah dinamakan sempena nama Pengarah Taman-Taman Sabah, Datuk Lamri Ali.

Tumbuhan lain termasuklah lumut dan lumut hati dengan jumlah spesies lebih daripada 600 spesies, Rhododendron berjumlah 27 species (9 endemik), Nepenthes (periuk kera) 9 species (3 endemik), Ficus (pokok ara) 78 species (13 endemik), halia hutan (Zingiberaceae) 30 spesies, bambu dan buluh 6 spesies, palma 81 spesies, dan Rafflesia 2 spesies.

Kinabalu menjadi pertembungan genera-genera tumbuhan yang berasal dari Himalaya dan China di sebelah Barat, dan genera-genera yang berasal dari Australia dan New Zealand di sebelah Timur. Malah terdapat juga unsur-unsur genera dari Amerika terdapat di Kinabalu. Kesemua genera ini bercampur dengan genera Malaysia, tetapi kebanyakan unsur flora Malaysia ini semakin berkurangan, malah hilang bermula daripada ketinggian 1,200 m (4,000 kaki) dari paras laut, diganti dengan genera temperat, seperti Ranunculus (berasal dari Australia), Rubia (berasal dari Eropah) dan Gunnera (berasal dari hemisfera Selatan). Walabagaimanapun, Periuk Kera (Nepenthes) yang berasal dari Borneo masih kelihatan di julat ketinggian ini.

Sepuluh kumpulan tumbuhan unik Kinabalu

1. Rafflesia
2. Nepenthes

3. Oak
4. Rhododendron : Terdapat 27 spesies Rhododendron di Kinabalu, termasuk 10 spesies yang endemic atau tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia, contohnya R. ericoides, R.

5. Paku-pakis
6. Lumut
7. Orkid


8. Kerabat jambu
9. Tumbuhan ubatan
10. Tumbuhan terancam

Pemuliharaan Alam Kinabalu
Perlindungan
Penyelidikan
penerbitan
Kebun-kebun pemuliharaan

Tumbuhan di sepanjang pendakian ke kemuncak Gunung Kinabalu

Zon-zon vegetasi : Vegetasi Kinabalu terbahagi kepada enam zon berdasarkan analisa van Steenis (1964), Meijer (1965), Kitayama (1989), Sato (1990) dan Nais (1996). Perbezaan vegetasi di zon-zon ini dipengaruhi oleh perbezaan altitud, jenis tanah dan suhu. Berikut adalah zon-zon vegetasi di Gunung Kinabalu.

ZON VEGETASI DOMINAN CONTOH SPESIES BIASA
Tanah Rendah (1000 m) Dipterokarpa Shorea spp., Quercus spp., Sapindaceae.
Pergunungan Bawah (1000-1500 m) Pokok dan tumbuhan lantai hutan; rotan dan orkid Fagaceae (27 spp.), Konifer (6 spp.), Guttiferae (Garcinia spp.), Gleichenia spp.
Pergunungan Atas (1500-2400 m) Pokok dan tumbuhan lantai hutan Myrtaceae, Ericaceae, Begonia spp., Nepenthes spp.
Zon Ultramafik (2700-3000 m) Pokok renik Leptospermum recurvum, Dacrydium gibbsiae, Lithocarpus havilandii.
Batuan Granit (3000-3800 m) Pokok renik dan tumbuhan lantai hutan Phyllocladus hypophyllus, Rhododendron spp.
Shrub dan herba Sub-alpin (3200-4100 m) Shrub, herba dan rumput Rhododdendron spp., Ranunculus, Potentilla, Oreobolus sp.

 

Penyelidikan Saintifik

Taman Kinabalu kemungkinan merupakan kawasan semulajadi yang paling banyak dikaji secara saintifik di pulau Borneo. Sejak Sir Hugh Low melakukan pendakian yang pertama menawan puncak Kinabalu pada tahun 1851, banyak kerjalapangan dan ekspedisi saintifik telah dilaksanakan di situ dan data mengenai flora, fauna, ekologi, geologi serta maklumat mengenai isu sosial dan anthropologi masyarakat di lereng pergunungan Kinabalu telah dikumpul. Kebanyakan penyelidikan bertumpu kepada aspek-aspek flora dan faunanya yang luarbiasa kaya dan juga keadaan ekologinya yang sering diumpamakan sebagai makmal hidup di mana proses-proses ekologi dan evolusi dapat dikaji dibawah persekitaran semulajadi. Pendeknya, Kinabalu telah menjadi tumpuan penyelidikan ahli-ahli sains semulajadi dari seluruh dunia dan dalam tempoh 150 tahun dahulu sejak kertas penyelidikan yang pertama diterbitkan pada tahun 1852, lebih daripada 380 judul penerbitan telah dihasilkan, sama ada dalam bentuk laporan hasilan penyelidikan, monograf, tesis, buku, atau dalam jurnal-jurnal saintifik.

Kegiatan penyelidikan oleh ahli-ahli sains dari seluruh dunia ini serta penerbitan dan data saintifik yang dihasilkan menjadikan Kinabalu unggul dan dikenali dengan meluas bukan sahaja sebagai kawasan yang mempunyai kepelbagaian biologi yang luarbiasa tingginya, tetapi juga mempunyai pengurusan yang mampan, dan diurus berdasarkan data-data saintifik.

Tradisi penyelidikan di Kinabalu yang telah dimulakan oleh ahli-ahli sains terkemuka dunia ini diteruskan sahingga kini. Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Taman-Taman Sabah berpusat di Kinabalu. Bahagian ini mempunyai Berbagai Unit Peneyeldidikan, yakni Unit Pendidikan dan Interpretatif, Unit Botani, Unit Zoologi, Unit Entomologi, dan beberapa unit lain yang pernah diwujudkan, termasuk Unit Ethnobotani dan Unit Geologi. Bahagian ini berpusat di Bangunan Pusat Pemuliharaan Kinabalu di Kompleks Ibupejabat Taman Kinabalu, dan mempunyai kemudahan-kemudahan seperti makmal, herbarium dan muzium-muzium zoologi dan entomologi. Bahagian Penyeldikan dan Pendidikan ini mempunyai kakitangan berjumlah 94 orang.

Selain melakukan penyeldikan dan penerbitan saintifik, Bahagian ini juga menyediakan berbagai kemudahan pendidikan dan interpretasi alam sekitar kepada para pengunjung Taman. Kemudahan yang disediakan termasuklah berbagai pameran, tayangan slaid dan video, ceramah-ceramah, perjalanan berpandu meredah hutan, dan lawatan-lawatan ke berbagai kemudahan dan kebun pemuliharaan di Taman ini. Ini termasuklah Kebun Botanikal Pergunungan Kinabalu (Kinabalu Montane Botanical Garden), Taman Pemuliharaan Orkid (Orchid Conservation Garden), Taman Tropika Poring, Ladang Kupu-Kupu Poring, Jambatan Kanopi, dan seterusnya.

Daripada segi penyelidikan saintifik, pelbagai tumpuan penyelidikan sedang dilaksanakan, samada dilakukan sendiri oleh kakitangan Taman-Taman Sabah, atau sebagai usahasama dengan penyelidik-penyelidik luar. Antara contoh penyelidikan di Taman Kinabalu ialah projek penyelidikan dan pemuliharaan Rafflesia di Borneo yang telah membuahkan berbagai hasil termasuk penanaman Rafflesia yang pertama di dunia; projek penyelidikan dan kultur tisu orkid dengan bantuan the Royal Botanic Gardens at Kew, UK dan Universiti Malaysia Sabah; projek dokumentasi dan penerbitan Flora Kinabalu dengan usahasama Prof. John Beaman dari Michigan State University; Projek Ethnobotani Kinabalu dengan usahasama People and Plants Programme of the WWF-UNESCO-Kew; dan program penyelidikan ekologi hutan Kinabalu berdasar matriks kuadrat bersama 10 buah universiti Jepun yang diketuai oleh Dr. Kanehiro Kitayama dari University of Kyoto.

Penutup

Taman Kinabalu telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2 Disember 2000 lepas. Pengisytiharan ini mengiktiraf kepentingan nilai alam semulajadinya di peringkat dunia, untuk kepentingan manusia.

Warisan ini merupakan pusaka kita daripada masa lampau, yang kita nikmati pada hari ini dan akan kita wariskan pula kepada generasi akan datang. Warisan alam semulajadi kita ini merupakan sumber hayat yang tidak ada gantinya. Dengan pengisytiharan Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia, ianya telah menjadi warisan seluruh dunia.


This webpage is best viewed in 800 x 600 resolution
© Copyright 2003 by Unit of Science & Technology. All rights reserved.